2 juta penerima BRIM dapat voucher

Lebih kurang 2 juta penerima layak menerima voucher dalam BRIM 2014. Kelompok ini menerima voucher kerana tidak mendaftar dengan bank akaun. Datuk Seri Ahmad Husni selaku timbalan menteri kewangan berkata pengagihan voucher BRIM akan memakan sedikit masa kerana pengagihan kali ini melibatkan jumlah yang besar. Walaubagaimanapun voucher BRIM dijangka dapat diagih kepada kesemua penerima dalam masa lingkungan tidak lebih dari 20 hari.

“Orang yang betul-betul memerlukan bantuan ini tidak lagi perlu menunggu panjang untuk menerima bantuan wang mereka.” Beliau memberitahu media hari ┬áini.

Penerima yang menggunakan akaun bank akan menerima wang mereka dalam bank masing-masing pada hujung bulan Febuari 2016 ini.

“Pembayaran BRIM melalui akaun bank adalah lebih effisien dan penerima boleh terus menikmati pembayaran kerana mereka tidak lagi perlu beratur panjang untuk mendapatkan hak mereka di kaunter BRIM.”

Dalam daripada 7.9 juta jumlah kesemua penerima, terdapat 2.4 juta adalah terdiri dari golongan muda. Jumlah bayaran kepada semua kategori oleh kerajaan menghabiskan kira-kira 7.9 juta ringgit.

“Dengan BRIM 2016, diharapkan mereka dapat manfaatkan wang bantuan tersebut dalam menjalani kehidupan seharian, terutamanya bagi mereka yang tinggal di pedalaman. Ramai sudahpun siap kemaskini permohonan BRIM mereka.”