BR1M 2016 dalam rancangan kerajaan tahun depan

Kerajaan akan memperkenalkan BR1M 2016 bagi menampung lebih daripada 5.9 juta penerima BRIM di seluruh negara bemula dari bulan Januari pada tahun yang akan datang.

 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata polisi insurans BR1M tersebut akan mengikuti skim Islam dan skim tersebut merupakan antara bantuan yang dilaksanakan di pentas  di
dunia.
“BR1M 2016 kali ini akan diberikan kepada mana-mana kumpulan tanpa mengira bangs, etnik dan agama,” katanya, sambil berkata bahawa kerajaan sedang menjalankan perbincangan dengan sebuah konsortium syarikat insurans untuk memakmurkan janji BN kepada rakyat.
Beliau berkata penerima tidak perlu membayar untuk insurans seperti RM50daripada bantuan BR1M akan meliputi pembayaran.
Katanya, terdapat lebih daripada 7.9 juta rakyat Malaysia yang bakal menerima bantuan kewangan BR1M dari kerajaan
“Penerima akan mendapat jumlah yang secukupnya dari kerajaan dan ia khusus kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM4, 000 sebulan.

 

“Bagaimanapun pelajar yang menerima bantuan BR1M tidak akan dilindungi oleh polisi baru ini,”katanya selepas melancarkan program keusahawanan di Universiti Teknologi Malaysia.

 

Jika penerima BR1M meninggal dunia atau terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan mangsa tidak dapat bekerja, maka keluarga yang menerima BR1M masingmasing akan menerima bantuan kewangan tidak lebih daripada RM30, 000.