BRIM 2016 dalam timbangan kerajaan

 

Kerajaan kini sedang menimbangkan cadangan untuk memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk tahun 2016 (BRIM 206), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzla.

Jawapan beliau ini adalah sebagai maklumbalas kepada soalan daripada Senator Datuk Syed Ibrahim Kader di dalam Dewan Negara.

br1m3.0_thumb

Pada 7 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassan telah dilaporkan telah mencadangkan kepada Kabinet agar kerajaan memberikan BRIM kali kedua kepada rakyat.

Menurut Ahmad Husni, BRIM telah diagihkan kepada 4.33 juta isi rumah, membabitkan peruntukan sebanyak RM2.16 billion. Bantuan RM500 telah diberikan kepada setiap keluarga yang pendapatan isi rumahnya RM3000 dan kebawah.

“Kejayaan program ini adalah hasil dari pengukuhan ekonomi dan kebolehan kerajaan untuk menjaga kewangan negara dengan baik dan memastikan semua perbelanjaan adalah secara berhemah dan memberi faedah kepada rakyat'” katanya.

Ahmad Husni turut menyatakan yang penerima BRIM 2016 masih boleh menebus baucar mereka memandangkan tarikh tutup penebusan telah dilanjutkan sehingga 31 Julai.

Najib berkata BR1M 2016 akan merupakan salah satu janji yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Sejumlah RM500 telah dibayar kepada setiap isirumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan, seperti yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2012, dengan kerajaan membelanjakan lebih daripada RM2 bilion untuk mengagihkan bayaran kepada 4.7 juta isirumah.

Beliau turut mengingatkan bahawa cuma kerajaan BN boleh memberikan jaminan kepada kepentingan rakyat seperti keamanan, kestabilan dan kemakmuran.

“Hari ini saya melihat ramai yang berkumpul di sini, tetapi pihak Polis tetap tenang. Mereka tidak risau; tidak ada keperluan untuk menggunakan perisai. Di sana (Kuala Lumpur), mereka melakukan kekacauan dan menyerang pihak polis (merujuk kepada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April). Bolehkan kita mengharapkan mereka (pihak pembangkang) untuk menjaga negara ini?,”katanya.

Manakala itu, Najib berkata rakyat Malaysia tidak suka kepada kekacauan kerana mereka menikmati kemakmuran, tidak seperti rakyat di negara-negara “Arab Spring” di mana revolusi sedang berlaku.

Katanya, rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk mencapai pertumbuhan yang bagus dan para penjawat awamnya dapat menikmati kenaikan gaji disebabkan kecekapan pentadbiran kerajaan BN.

Sebaliknya, penjawat awam di Amerika Syarikat dan sebahagian negara-negara Eropah tidak dapat menikmati kenaikan gaji, malahan ada juga yang dipotong gajinya, kata beliau lagi.

Najib turut menambah bahawa sesetengah pemimpin telah menggunakan fatwa dari Yusuf Al Qardawi yang menuntut kerajaan yang tidak adil supaya digulingkan, tetapi ianya tidak boleh dipakai di Malaysia kerana kerajaannya adalah adil.

“Di Malaysia, kita mempunyai kerajaan yang adil. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga sudah tidak ada lagi. Kita ada undang-undang untuk memantau perhimpunan aman. Sesiapa saja boleh berkumpul selagi ianya dilakukan dengan aman, ini termasuklah dari pihak pembangkang,” tegasnya.