BRIM 2017 : Kemaskini & Permohonan

Permohonan BRIM dibuka semula kepada penerima yang sedia ada dan rakyat yang layak tapi belum pernah menerima bantuan. Tarikh pembukaan pada 5 Disember tahun 2016. Ia juga bermaksud permohonan dan kemaskini BRIM 2017 berlangsung dalam masa tempoh sebulan tersebut juga.

Belakangan hari ini kami telah menerima banyak soalan berkenaan BRIM tahun 2017. Kami tidak dapat menjawap kesemua pertanyaan dan kemuskilan orang ramai sebab terdapat terlalu banyak kes yang melibatkan faktor terperinci, maka individu berkenaan haruslah berkunjung ke pusat LDHN atau ke kaunter BRIM untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri. Bagaimanapun kami dapat mengenalpasti soalan-soalan popular.

Berikut adalah beberapa garis panduan untuk membantu kalian semasa memohon dan kemaskini.

Tanya: “Saya merupakan penerima BRIM yang sedia ada, perlu lagi saya kemaskini online”?

Ada yang bertanya sekiranya tiada perubahan perlu lagi tak buat kemaskini BRIM. Jawapan kami tetap sama, baik buat kemaskini sebab ia salah satu cara membolehkan kerajaan mengetahui pemohon tersebut masih hidup dan memenuhi syarat kelayakan BRIM.

Lagipun tahun ini kerajaan mengumumkan kategori baharu iaitu kategori e-kasih, yang menjanjikan jumlah setinggi RM1200. Ramai yang sebenarnya tidak tahu bahawa mereka layak untuk kategori tersebut. Anda boleh buat semak status e-kasih untuk ketahui jumlah bantuan yang bakal anda terima.

TANYA: “Kenapa saya diberi jumlah yang rendah daripada apa yang dijanjikan?”

Kemungkinan pendapatan anda terlalu tinggi maka anda tidak menerima jumlah yang seperti anda andaikan. Matlamat BRIM adalah untuk membantu golongan yang benar-benar perlukan pertolongan kewangan, jangan hairan pendapatan kasar diambil untuk mengukur tangga kelayakan.

Bayaran BRIM 2017 mengikut tangga kelayakan:

brim-2017

Selain itu, janda atau balu perlu mengisi tanggungan untuk melayakkan diri dalam kategori isi rumah. Sekiranya tidak mereka hanya akan diberi RM400 sebab layak sebagai penerima bujang sahaja. Sekiranya masing-masing mempunyai satu tanggungan, mereka perlu berbincang sebelum berdaftar, agar sekurang-kurangnya salah satu daripada mereka layak untuk kategori isi rumah.

TANYA: “Sehingga sekarang saya gagal masuk laman BRIM.”

Sesetengah pengguna menerima mesej “Semakan status secara dalam talian adalah gagal. Sila rujuk ke cawangan LHDNM.” semasa cuba memasuki laman BRIM online. Hal demikian disebabkan sebelum ini IC anda telah digunakan dan gagal memenuhi permintaan keselematan. Halangan tersebut akan dibuka semula semasa tempoh permohonan kelak.

Kepada yang hendak membuat kemaskini BRIM 2017 bagi pihak ibubapa atau datuk dan nenek, sila pastikan anda mengetahui jawapan yang betul bagi soalan-soalan keselamatan yang ditanya di laman BRIM.

Sekiranya anda berasa laman tersebut terlalu lembab untuk dibuka, sila cuba tidak membuka laman tersebut pada masa yang sibuk, contohnya pada pukul 11 pagi ke 1 petang.

TANYA: “Saya terima mesej “Aplikasi e-BRIM tidak direkabentuk.. semasa membuka laman BRIM”

aplikasi e-BR1M tidak direkabentuk

Laman BRIM tidak mengalakkan kemaskini dibuat dengan menggunakan telefon bimbit atau tablet. Semakan status boleh dibuat dengan telefon bimbit tetapi atas sebab keselamatan, orang ramai dikehendaki mengunakkan desktop PC bagi segala aktiviti berkaitan permohonan baru atau kemaskini maklumat. Hal ini telah dimaklum sejak BRIM 2016 lagi.

TANYA: “Apa perlu dibuat selepas siap berdaftar atau kemaskini”?

Pemberitahuan keputusan akan dibuat kelak. Anda akan dihubungi melalui surat. Kalau boleh, anda dinasihatkan mencetak satu salinan dan simpan salinan tersebut untuk kegunaan masa depan sekiranya perlu. Contohnya sesetengah pemohon yang mengalami masalah semasa terima wang, mereka membawa salinan tersebut ke kaunter BRIM sebagai bukti dan rekod bila mereka siap memohon atau kemaskini.

Tolong kongsikan artikel ini kepada yang lain dan semoga berjaya! Anda diperlawa untuk kemukaan soalan anda di ruang komen di bawah sekiranya ada.