BRIM 2018 diteruskan, wajarkah?

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan tragedi helicopter melibatkan antara orang ternama di Malaysia iaitu Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias yang terhempas dan kini tragedi ini sedang dispekulasikan dengan seorang wanita Kyrgyzstan yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Tambahan pula dengan keberangan rakyat disebabkan pelaksanaan GST – Good Service and Tax yang menggantikan SST – Sales & Service Tax setelah sekian lama sejak 1972. 1 April 2015, GST 6% telah dilaksanakan tanpa menghiraukan keresahan rakyat yang semakin tenat bersuara menentang kerakusan dan kezaliman kerajaan. Kini, rakyat telah mula peka dan melompat melatah ketika melihat 6% Gov Tax yg selama ini ada di dalam resit tapi tidak diendahkan ataupun dibalik tabir ahli perniagaan. Kini dengan media massa menghangatkan lagi isu GST, rakyat semakin cakna dengan isu semasa dan pelbagai pakar ekonomi media sosial bertubi-tubi memberikan pendapat megi segera seperti saya.

Ya, kerajaan yang zalim wajar diturunkan dan digantikan dengan kerajaan baru yang lebih kurang mudaratnya kerana amat stabil “tiada perbalahan dalaman” yang membuatkan mereka “sangat fokus” dlm menggantikan pucuk pimpinan skrg. Sebagai bidak catur (pawn chess) yang mempunyai nilai plg rendah dlm kuasa negara, kita hanya mengikut telunjuk ahli politikus yg menyuap kita dengan pelbagai info dari dalam mahupun luar negara yang berlaku semasa dan dahulu kala. Mereka kata ini demokrasi, rakyat adalah yang paling berkuasa.

Baiklah, menyentuh tentang persoalan “BRIM adalah satu alat politik dan kesilapan” , sejauh manakah kebenarannya?

Seperti yang dipersoalkan oleh Tun M sendiri, BRIM adalah satu alat politik utk meraih undi dan memberi pelbagai kesan negatif. Benarkah?

Mereka yang menghulurkan tangan dengan rela hati menerima BRIM turut mempersoalkan kenapa kini kerajaan menjaja duit kpd kami ? Adakah kami mudah sgt dibeli ? Tidak mengapa, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan dgn muka tersengih.

Seperti mana yang kita ketahui, BRIM 2018 telah mula diberikan sejak 5 tahun yang lepas, dan sebelum Pilihan Raya Umum 2013 yang jelas diperkatakan sebagai teknik memancing undi dengan duit. Walaupun kalah dengan undi popular, PM Dato Seri Najib tetap meneruskan dgn pelbagai policy yang radikal dan berani atau dilihat sebagai kejam serta tidak popular dengan melaksanakan rasionalisasi subsidi pada pertengahan 2014 dan juga GST pada April 2015. Respons kebanyakan rakyat marhaen searus dgn pembangkang yang turut mempersoalkan hutang negara yang semakin meningkat sehingga mencecah 740 billion lebih-lebih lagi apabila IMF membuat revisi terhadap definisi hutang luar (external Debt) yang hanya segelintir memahami apakah nombor tersebut dan definisi hutang tersebut.

Hangat cacian makian kepada kerajaan menjalankan segala polisi menekan rakyat kerana ingin membayar hutang negara. Ditambah lg malapetaka, banjir besar, MH370, MH17, harga minyak dunia jatuh merundum, PETRONAS rugi buat kali pertama, Ringgit jatuh merundum “keseorangan” di pentas dunia (ya tiada peneman seperti rakan-rakan lain Euro, Yen, dan lain-lain kerana USD memecut sperti roket ke angkasa) dan kini tragedi helicopter pulang dari kenduri.

Sesungguhnya kerajaan yg zalim ini tidak memahami rakyat dan rakyat berterusan memaki tindakan kerajaan yg memperketatkan kuasa Akta Hasutan menangkap mana-mana ahli pembangkang yg lantang bersuara memperjuangkan keadilan rakyat mahupun keadilan keluarga.

Cukup sampai di sini, ulasan sedikit sebanyak apa yg berlaku kpd Malaysia kita yg tercinta sejak kebelakangan ini.

Persoalan : Jika diberi pilihan yg mana akan anda pilih?

A. Subsidi yang sama rata kepada semua rakyat jelata mahupun kaya atau miskin

atau

B. Duit yangg menggantikan subsidi tahunan tersebut kepada golongan tertentu sahaja?

Saya cukup yakin kebanyakan kita akan memilih A. Subsidi sama rata. Betulkan?

Mengapa anda memilih pilihan pertama A adalah kerana apa yg anda lihat kini, kenaikan harga minyak mengakibatkan harga barangan dan kos hidup menjadi lebih tinggi.

Ini adalah efek dominos dimana apabila kos pengangkutan semakin tinggi krn subsidi minyak ditarik. (Kadangkala ingin juga saya guna perkataan extravaganza yg media sering kali guna, dominos effect)

Tidak. Saya menyangkal pendapat efek dominos tersebut.

Apa yang saya nampak ialah kelemahan kerajaan mengawal harga dan kelemahan pengguna itu sendiri yg tidak bijak memboikot mahupun menggunakan saluran yg sedia ada utk menambah ilmu konsumerism utk melawan peniaga-peniaga yg tidak bertanggungjawab dalam menaikkan harga.

Contohnya satu senario;

Sebuah lori yg menggunakan 100L diesel yg naik 30 sen/L akan naik kos sebanyak RM30.00. Namun, muatan di dalam lori tersebut adalah peket serbuk koko sebanyak 5000 peket serbuk koko 1kg.

Satu peket serbuk koko 1kg dikenakan harga kenaikan sebanyak 30sen juga. Adakah wajar dan relatif kenaikan harga ini? RM30/5000 = sepeket 0.6 sen sahaja peningkatan nya tahu?

Kemudian dijual dipasar raya dgn kenaikan lg, dan kemudian dijual di kedai makan dgn kenaikan air koko dgn dua tiga sudu koko sebanyak 30sen.

TIDAK RELATIF DAN LOGIK. Ini adalah mainan ahli perniagaan yg sememang akan mengambil kesempatan apabila timbul isu isu seperti kos penghantaran, bil elektrik naik dan lain-lain. Inilah yg perlu dikawal dan diselia oleh kerajaan dengan bantuan daripada pengguna untuk bersuara dan memboikot.

Sekiranya subsidi diteruskan, adakah anda boleh menjamin yangg subsidi itu tidak digunakan dan dinikmati oleh orang yang sedia ada kaya raya? Serta dapat membanteras kes penyeludupan minyak yg murah di sini?

Orang kaya gunakan lebih banyak minyak untuk berjalan-jalan, membeli belah serta pelbagai aktiviti lain daripada orang yang lebih miskin dan tidak berkemampuan serta berfikir dua tiga kali utk isi minyak dan berjalan-jalan. Ibu bapa saya dahulu ketika ingin balik kampung dari Johor ke Perak terpaksa menyimpan duit penyelengaraan kereta, tayar, tol dan minyak sebelum pulang ke sana. Itu ketika ada kereta. Semasa tidak mampu dahulu, kami gunakan bas sahaja. Ini adalah hakikat org miskin yg menggunakan minyak lebih sedikit daripada orang kaya.

Di manakah keadilan subsidi itu diberikan kepada golongan miskin?

Sumber gambar dr Google

Jika difikirkan, sekiranya anda memandu kancil, viva atau saga yg berkapasiti tangki 40L – 2-4kali sebulan pengisian dgn peningkatan harga sebanyak 30sen , berapakah minima dan maksima perbelanjaan minyak anda selepas peningkatan setahun?

Impak peningkatan 30sen :

jika 2 kali sebulan = 40L*2kali*30sen*12bulan = RM288

jika 4 kali sebulan/seminggu sekali tangki penuh = RM576

Jadi adakah BRIM tahunan itu mencukupi utk menggantikan subsidi yg sedia ada secara lebih telus kepada golongan sasaran yg memerlukan drpd golongan kaya?

Pengiraan saya tidak tepat? Terpulanglah untuk anda menilai logik akal anda. Kalau dinaikkan 10sen lagi berapakah relatif peningkatan nya untuk 2 kali dan seterusnya, kini anda boleh kira dgn sendiri.

GST 6% yg hangat diperkatakan. Kerajaan mengatakan bahawa BRIM diberikan utk mengurangkan beban golongan bawahan.

Baiklah pengiraan dibawah adalah pengiraan kasar kerana saya bukan ahli ekonomi yg menggunakan pelbagai formula yg boleh menyebabkan otak saya pecah serta merta dan saya yakin anda juga tidak akn dpt memahami formula-formula tersebut jika digunakan disini kerana mereka, ahli ekonomi telah belajar serta mengkaji bertahun-tahun merangka polisi utk seluruh dunia.

Jika RM950 BRIM diberikan kepada sebuah keluarga dengan pendapatan RM3000 ke bawah, ini antara pengiraan yang logik utk dikira :

Jika difikirkan BRIM sebagai alat untuk meringankan GST 6% yang bersamaan RM950.

Kita andaikan RM950 ialah cukai GST yg dibayar oleh golongan miskin ini untuk perbelanjaan mereka yang berjumlah RM15833 setahun untuk barangan yang standard rated GST. (Info tambahan , bahan mentah masakan 0% tidak diproses)

Maka jika RM3000 – pendapatan tahunan RM36 ribu (tidak dikenakan incometax)

RM15833 digunakan untuk perbelanjaan dan RM950 sebagai memulangkan semula subsidi/cukai tersebut kepada mereka. Bermaksud bulanan perbelanjaan isi rumah ialah RM1319.41 minimum.

Mari kita lihat golongan yg mempunyai gaji minimum RM900/bulan , RM10800 setahun.

Mereka sendiri tidak dpt membelanjakan RM15833 lalu mendapat lebihan drpd BRIM iaitu cukai/subsidi utk mereka.

Inilah yg dikatakan keadilan dlm pembahagian antara yg kaya, berkemampuan dan miskin.

Isu gaji minimum itu adalah isu yang lain, jadi mohon kita kupas satu per satu isu yang dibincangkan di sini iaitu BRIM, GST dan rasionalisasi subsidi.

Timbul persoalan tidak adil bg keluarga yg besar 9 org anak berbanding dgn 2 org anak contohnya. Pening memikirkan perbelanjaan anak-anak sekalian.

Jika setiap orang anak yang bersekolah ini layak mendapat baucar buku atau bantuan tahunan lain sebanyak RM250 misalannya, untuk keluarga yang sama tangga pendapatan.

RM250*2 = RM500 keluarga A dapat

RM250*9 = RM2250 keluarga B dapat

Adakah ini adil utk sebuah keluarga itu dapat RM500 manakala satu lagi dapat RM2250 bantuan kerana anak mereka lebih ramai?

Jikalau begitu, bukan tanggungjawab ibu bapa merekalah yang akan memperuntukkan segalanya kpd anak-anak mereka tetapi kerajaan wajar menanggung populasi 30 juta rakyat Malaysia ini.

Bukanlah ingin menyalahkan ibu bapa yg melahirkan anak yg ramai, (anak ialah rezeki) tetapi untuk mengajukan persoalan ini kita perlu fikir akan keadilan dalam sistem pemberian ini utk terhad kepada beberapa kriteria yang relevan dan adil.

Ini adalah persoalan yg sering kali org tanya akan keadilan sistem pemberian susbidi kepada golongan sasaran.

Mungkin ini terlalu tidak masuk akal bg yg tidak mahu menerima. Bg saya ada logiknya cuma kita sebenarnya tidak menilai wang yg diberikan itu besar nilai masa hadapannya. Anda boleh gunakan untuk insurans kereta, motor, wang kecemasan, simpanan ASB dan lain-lain yg lebih bermanfaaat daripada membeli telefon canggih, kasut kulit , beg tangan dan lain-lain.

Sedar atau tidak sedar, walaupun ini adalah pengiraan kasar tetapi BRIM ini relevan kepada mereka yang disasarkan.

Penggunaan org kaya terhadap subsidi sememangnya lebih melampau-lampau dan banyak cukai yg digunakan diberikan semula kepada mereka yg kaya. Adakah ini adil wahai rakyat Malaysia yang bijak pandai?

Inilah hakikat BRIM yang cuba disampaikan oleh kerajaan walaupun ianya tidak kurang serupa seperti alat politik dan senjata ekonomi utk merapatkan jurang antara kemiskinan dan kekayaan serta golongan pertengahan yang terperangkap. BRIM berfungsi sebagai langkah politik dan ekonomi. Jika kita lihat kebanyakan artikel daripada “The Economist” yang menunjukkan subsidi itu sering kali dilabel sebagai tidak “sustainable”, tidak adil, dan tidak bagus untuk ekonomi membangun. Bagi saya subsidi perlu dimansuhkan dan diberi kepada yang berkelayakan sahaja.