Hafiz : BRIM harus diteruskan

 

Luahan hati seorang penerima yang berasal dari Seremban, Hafiz 32 tahun.

Sejak tahun pertama BRIM diberi, keluarga saya bergantung kepada BRIM untuk membayai kos persekolahan anak-anak. Saya mempunyai 4 anak dan tetiba masa permulaan persekolahan, saya terpaksa mencari sumber kewangan yang lebih untuk membayar segala kos seperti yuran dan pembelian buku-buku dan alat-alat tulis. Saya syukur selama 3 tahun kerjaan telah membantu saya dengan BRIM.

Tahun lepas selepas kemaskini BRIM saya berasa lega kerana BRIM akan dibayar 3 kali setahun, ia amatlah menggalakan untuk keluarga saya untuk bermula menyimpan wang. Selalunya gaji saya habis dibelanja untuk menjalankan kehidupan seharian demi ahli-ahli keluarga, namun selepas BRIM diperkenalkan saya mempunyai ruang untuk merancang pelan penyimpanan. Kami sedar bahawa penyimpanan wang secara tetap amatlah penting sekiranya keluarga ini menghadapi sebarang kecemasan.

Sebagai penjaja pendapatan saya dan isteri bergantung kepada musim. BRIM membantu pengaliran kewangan dalam bisnes kecilan kami ini. Dulu sebelum bantuan tersebut, kami selalu meminjam wang dari saudara-mara. Syukur sekarang sekurang-kurangnya kami tidak perlu lagi melihat air muka saudara-saudara, sebenarnya kami pun segan dan berasa tidak berdaya apabila kami kekurangan wang tunai untuk menjalankan perniagaan. Kini anak-anak saya boleh fokus kepada pelajaran dan tidak bersusah-payah menolong kami di gerai kerana pendapatan kami sedikit bertambah baik.

kemaskini brim

Berkenaan BRIM dimansuhkan saya berasa penyataan tersebut adalah kejam. Kita semua tahu BRIM tidak berkaitan langsung dengan kemerosotan ekonomi negara dan kejatuhan mata wang Ringgit. Orang ramai sebenarnya tidak memahami kesusahan orang yang berpendatan rendah. Golongan miskin perlukan bantuan seperti BRIM untuk menjalani kehidupan seharian, dan biarpun ekonomi bertambah baik sekalipun, mereka tetap bergaji rendah. Maka BRIM tidak harus diperhentikan, tetapi sebaliknya ia perlu disalurkan kepada golongan yang betul.

Kepada golongan bujang, bantuan tersebut mudah dihabiskan dan dikata tidak mencukupi untuk membayar cukai GST. Saya setuju tetapi sebagai golongan bujang yang terima bantuan BRIM, saya rasa mereka harus mengetahui bahawa bantuan tersebut bukan bertujuan untuk menolong mereka secara habis-habisan. Itulah sebabnya jumlah bantuan yang diberi hanya sekadar RM300 seorang. Orang muda sepatutnya menggunakan wang tersebut dengan sebaik-baiknya dan berusaha untuk meningkatkan nilai diri sendiri.

Terima kasih kepada kerajaan untuk BRIM, saya harap tahun depan saya layak lagi, ia telah menjadi sebahagian daripada pendapatan keluarga kami sejak berapa tahun yang lalu.