Nyaris terlepas akibat salah isi borang permohanan BR1M

Gara-gara kesilapan semasa mengisi borang permohanan BR1M, G. Chinnamah tidak lagi menaruh harapan untuk menerima bantuan tersebut.

“Saya berasa sedih dan tidak tahu apa untuk dilakukan. Semua perancangan saya terpaksa dibatalkan”, kata Chinnamah, balu berusia 72 tahun itu.

Namun begitu semuanya berubah apabila adiknya, G.Kumarasamy, 67 tahun, mendapat tahu tentang perkara tersebut.

Beliau telah menghubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan menceritakan tentang masalah yang dihadapi Chinnamah, tetapi telah diberitahu yang tempoh untuk membuat rayuan bagi permohonan BR1M telah pun berlalu.

“Saya merasakan pasti sesuatu dapat dilakukan jika saya menulis kepada New Strait Times,” kata Kumarasamy, seorang guru bersara.

Masalah Chinnamah telah disiarkan pada edisi Isnin NST, telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.

“Apabila saya membaca tentang masalah beliau di dalam NST, saya tahu saya tidak dapat membantu beliau untuk mendapatkan bantuan kerana ia sudah terlalu lewat,” kata Kamalanathan di Pusat Khidmat Hulu Selangor di Bukit Beruntung semalam.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk memberikan Chinnamah RM500 menggunakan wangnya sendiri.

“Ini adalah kes yang layak dan saya tahu saya perlu masuk campur dan melakukan sesuatu,” kata Kamalanathan semasa sesi bersama penduduk.

Chinnamah berkata yang beliau terkejut apabila Kamalanathan mengeluarkan sampul surat dan menghulurkan kepadanya. Beliau kemudiannya memberikan sampul itu kepada Kumarasamy, yang kemudiannya membuka dan mengira wang tersebut.

Chinnamah seterusnya berkira-kira untuk membeli barangan untuk dirinya dan 14 orang cucunya menggunakan wang tersebut.

Beliau berterima kasih kepada Kamalanathan di atas kemurahan hatinya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mewujudkan BR1M untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Saya amat bersyukur dan akan berhati-hati dalam mengisi borang permohonan BR1M. Saya bergembira dan harapkanĀ lagi bantuan BR1M di masa yang akan datang.”