Jangan benci BR1M hanya sebab benci kerajaan

BR1M di Malaysia dikritik sebagai satu rancangan untuk merasuah pengundi mengundi Barisan Nasional. Berdasarkan pada ‘luahan’ di media sosial, bagaimanapun, nampaknya terdapat penerima bantuan yang menerima pemberian wang tetapi masih lagi mengundi pembangkang. Mereka tidak sedikit pun tertarik untuk mengundi kerajaan hanya disebabkan kerajaan memberikan mereka wang. Apa yang dilakukan Malaysia bukanlah sesuatu yang unik atau pertama kalinya. Kebanyakan negara-negara lain telah melakukan perkara yang sama sejak sedekad atau dua yang lalu dan statistik menunjukkan ianya berjaya membantu penduduk yang kurang bertuah dalam membebaskan mereka daripada terikat dengan kemiskinan.

Pada tahun 2000, satu idea baru tentang bagaimana cara untuk membantu rakyat secara terus selain daripada membina sekolah, hospital dan jalan raya juga pembekalan air dan elektrik mula Satu rancangan yang dinamakan ‘pemindahan wang tunai bersyarat’ atau CCT pertama kali muncul di kawasan Amerika Latin yang seterusnya berkembang di seluruh dunia. Hal ini kemudiannya ditiru Afrika dan rancangan seperti ‘Give Directly in Kenya’, yang dimulakan oleh  Michael Faye, berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah secara besar. Kajian menunjukkan bahawa rancangan tersebut berjaya dalam mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan. Johannes Haushofer dari Institut Teknologi Massachusetts dan Jeremy Shapiro, bekas ahli lembaga Give Directly in Kenya, yang secara rambangnya memilih dan mengkaji isi rumah yang miskin di 63 buah kampung yang menerima bantuan ini, berkata bilangan kanak-kanak yang hidup tanpa makanan sehari telah jatuh melebihi sepertiga manakala ladang binatang ternakan telah meningkat sebanyak separuh.

Setahun selepas rancangan bermula, pendapatan telah meningkat sebanyak satu per empat. Di Vietnam, dalam pelaksanaan rancangan percubaan pada tahun 2006 di mana 550 isi rumah diberikan sekali pemberian, dijumpai bahawa dua tahun selepas itu kadar kemiskinan telah jatuh sebanyak 20%. Rancangan ini digelar ‘wang tunai untuk keranda’ kerana ditemui bahawa penerima bantuan ini yang sudah tua membelanjakan wang pada persiapan pengebumian untuk menyelamatkan anak-anak mereka daripada masalah mencari wang setelah mereka meninggal dunia. Di Uganda, US$10,000 diberikan kepada sekumpulan 20 orang yang kemudiannya membelanjakan sepertiga wang untuk mempelajari perdagangan dan bakinya pada perkakas dan binatang ternakan. Mereka kemudiannya memulakan projek bersama dan setelah empat tahun pendapatan mereka bertambah sebanyak 50%. Rancangan ini terdapat satu syarat, walau bagaimanapun – pemohon mestilah menghantar plan bisnes dahulu.

Di Brazil, rancangan ini dinamakan Bolsa Família, sebuah program bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan jangka pendek melalui pemindahan tunai terus. Pakar ekonomi menjelaskan Bolsa Familia sebagai rancangan anti-kemiskinan dibuat Amerika Latin berjaya menukar seluruh dunia. Bolsa Familia Brazil, merupakan tumpuan utama polisi sosial bekas Presiden Luiz Inácio Lula da Silva, yang kini merupakan program pemindahan wang tunai terbesar di dunia, walaupun program Mexico, Oportunidades, ialah program seluruh dunia yang pertama satu-satunya. Terdapat banyak program yang serupa di seluruh Afrika Amerika Latin, Asia, dsb., kajian yang telah dijalankan menunjukkan ianya telah berjaya membawa orang ramai keluar daripada kemiskinan. Program-program sebegini walau apa jua nama yang diberikan telah membawa manfaat kepada orang ramai yang menerima bantuan. Jadinya, BR1M Malaysia bukan lagi suatu idea yang baru juga bukan satu-satunya. Ia juga sememangnya bukan yang pertama.

Kritikan terhadap BR1M online mengatakan bahawa bantuan kewangan ini merupakan satu bentuk rasuah bertujuan untuk membeli undi.

Mereka boleh bercakap sedemikian sedangkan mereka tidak menghadapi kekangan kewangan seperti mana orang-orang yang menerima bantuan ini rasakan. Walau bagaimanapun, telah dapat dibuktikan di seluruh dunia bahawa rancangan seperti BR1M dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan.