Kemaskini borang BRIM 2017 online

Orang ramai dinasihatkan kemaskini borang BRIM 2017 online kerana pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) mendatangkan pembarisan yang panjang.

Borang tersebut boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negeri.

“Kami menggalakkan pemohon kemaskini BRIM online untuk menggunakan sistem permohonan atas talian (online),” kata pegawai perhubungan awam Masrun Maslin merujuk kepada barisan yang merentasi blok-blok pejabat LHDN dalam negara.” Bagaimanapun, pejabat-pejabat LHDN di mana-mana kawasan telah membuka kaunter khas untuk pemohon BRIM.” “Ini sesuatu yang normal apabila pejabat-pejabat kami dipenuhi dengan ramai pemohon setiap awal bulan.”

Masrun menambah bahawa setiap pejabat LHDN mempunyai 10 hingga ke 20 kaunter khas. Permohonan BRIM akan terus dibuka sehingga 31 Disember untuk memulangkan semula borang brim ke cawangan LHDN, pusat khidmat hasil, UTC atau pejabat daerah.

Kemaskini borang BRIM 2017 online

Pemohon boleh log masuk ke portal rasmi BRIM untuk kemaskini borang dengan lebih mudah. Pemohon di bawah kategori isi rumah akan dibayar BRIM tiga kali ansuran, manakala bagi individu pula secara sekali pembayaran.

kemaskini br1m online

Individu yang berpendapatan bawah RM2,000 akan dibayar RM450 bermula 28 Febuari. Untuk isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran pertama sebanyak RM400 akan dibuat pada 28 Januari dan 28 Mei, dan RM400 lagi pada 28 August. Untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000, bayaran pertama sebanyak RM300 akan dibuat pada 28 Januari dan 28 Mei, dan RM300 akan dibuat pada 28 August.