Kemaskini BR1M 2016 buka hujung tahun

Bantuan rakyat 1malaysia (BR1M) tahun 2016 naik RM50. Kenyataan tersebut disahkah Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016 semalam. Selain itu terdapat juga satu kategori yang baru akan diberi bantuan tersebut. Kategori baru yang dimaksudkan ialah peserta program e-kasih yang berpendapatan bulanan tidak lebih daripada RM1000, diberi BR1M setinggi RM1050.

e-kasih merupakan sistem yang diwujudkan khas oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan dengan merancang, memantau dan melaksanakan program-program yang berkaitan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan kewangan.

Jadual di bawah merupakan bayaran BR1M 2016 mengikut kumpulan :

1. Bujang yang berumur 21 dan ke atas, berpendapatan tidak melebihi 2 ribu – RM400
2. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 – RM1000
3. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 – RM4,000 dibayar RM650

Bagaimanapun kehendak sesetengah rakyat yang mengharapkan GST diturun kadarnya tidak dikecapi. Alasan yang diberi ialah GST wajib dilaksanaan untuk menjamin kestabilan pendapatan negara. Gesahan yang terkini hanyalah meminta kerajaan mengecualikan lebih banyak lagi barangan keperluan harian.

Berkuatkuasa bulan Januari tahun 2016, barangan keperluan seperti tepung soya, tepung susu untuk bayi, gula, kacang akan dikecualikan GST.

Najib mengesa penerima BR1M harus bersyukur kerana ia tetap diteruskan biarpun skim tersebut dikejam hebat dan disuruh berhenti oleh sesetengah pihak.

Kemaskini BR1M 2016 dipercaya akan dibuka pada hujung tahun 2015 tidak lama lagi.