Langkah Semakan Status BRIM 2017

Langkah semakan status BRIM 2017

Status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2017 boleh disemakkan secara online. Oleh sebab maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dari agensi yang ditetapkan oleh Kementerian  Kewangan Malaysia, semua pemohon dan penerima BRIM sedia ada boleh menyemakkan status kelulusan BRIM dengan mengambil masa sedikit sahaja.

Langkah-langkah menyemakkan status permohonan BRIM atas talian adalah seperti berikut:

  Langkah 1 : Dengan  atas  talian,  layari  sistem  semakan  status permohonan  e-BRIM  

  Langkah 2 : Isikan  Nombor  Kad  Pengenalan  di  ruang  No. MyKad

  Langkah 3 : Klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

  Langkah 3 : SOALAN KESELAMATAN :

Sistem semakan akan meminta pemohon atau penerima BRIM sedia ada untuk menjawab SOALAN KESELAMATAN sebagai sistem “anti-hack” untuk menjamin keselamatan maklumat.

-Pemohon / Penerima BRIM sedia ada mesti mengisi 2 SOALAN KESELAMATAN dengan jawapan yang betul untuk meneruskan semakan.

-Sekiranya jawapan yang diisi dalam SOALAN KESELAMATAN adalah salah, pemohon / penerima BRIM sedia ada mempunyai tiga peluang untuk menjawab 3 SOALAN KESELAMATAN yang lain. Sekiranya jawapan yang diberikan masih salah, peringkat berikut akan dibatalkan.

SOALAN KESELAMATAN dan jawapannya adalah berdasarkan maklumat yang telah diisi oleh pemohon / penerima BRIM sedia ada.

Jika Langkah 4 berjaya ,sistem akan memaparkan status permohonan BRIM pemohon / penerima BRIM sedia ada tersebut, pencetakan adalah dibenarkan.

Jika pemohon / penerima BRIM sedia ada tidak mampu menyemakkan status permohonan secara atas talian , pemohon / penerima BRIM 2017 boleh merujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dengan membawa Salinan Pengenalan Pemohon, Pasangan dan Tanggungan bersamanya.