MCA tolong penyerahan BRIM

 Cawangan MCA Wangsa Maju dan Puchong akan menolong warga emas dalam kawasan mereka untuk menerima bantuan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan memastikan tiada sesiapa yang ditinggalkan.

Pengerusi MCA Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look mengatakan bahawa MCA Wangsa Maju telah menerima aduan daripada sebahagian penduduk terutamanya warga emas kerana mereka tidak menerima bantuan wang BRIM walaupun memenuhi syarat berkenaan.

“Setelah menyemak aduan mereka, kami mendapati kebanyakan daripada mereka tidak mengisi borang dengan lengkap dan meninggalkan bahagian ‘bilagan anak’ kosong atau megisi borang dengan tulisan yang cakar ayam,” kata beliau ketika dihubungi oleh Bernama.

Untuk mengatasi masalah ini, Datuk Yew Teong Look mengatakan bahawa mereka akan mengadakan lawatan dan ceramah untuk memastikan individu yang layak terutamanya warga emas menerima BRIM 2017.

Beliau menyatakan bahawa MCA tidak mahu apa-apa aduan lagi daripada calon-calon yang layak kerana hal tersebut akan menjejaskan usaha kerajaan.

Semasa membentangkan Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 6.0 akan diberikan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000.

Pengerusi MCA Puchong Datuk Wong Hock Aun menyatakan bahawa sebahagian kecil daripada pemohon layak yang tidak menerima BRIM adalah buta huruf atau cacat penglihatan.

“Orang yang cacat penglihatan tidak mempunyai sesiapa untuk mengisi borang untuk mereka, jadi mereka perlu melengkapkan borang mereka dengan sendiri,” kata beliau.

Wong mengatakan bahawa MCA Puchong akan mengadakan perbincangan serta menyediakan perkhidmatan untuk warga emas atau golongan kurang upaya dengan masalah tersebut.

Sementara itu, setiausaha Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wong Ruen Yuen mencadangkan bahawa BRIM diagihkan melalui bank-bank terpilih untuk memudahkan proses untuk warga emas yang lemah dan kurang upaya.

“Bukan semua orang yang boleh menghadiri majlis penyerahan BRIM yang diadakan di dewan orang ramai terutamanya golongan kurang berupaya dan warga emas yang menghadapi masalah mobiliti ,” kata beliau.