Najib nafi bajet untuk BRIM terhad

Datuk Seri Najib Razak hari ini telah meredakan spekulasi bantuan BRIM seterusnya sebelum pilihanraya umum ke-13 menjelang.

Pentadbiran Najib telah membelanjakan banyak untuk bantuan rakyat dalam belanjawan tahun ini, termasuk baucar buku untuk pelajar dan bantuan RM2.6 bilion dalam bentuk RM500 kepada setiap isirumah yang berpendapatan rumah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

Beliau sebelum ini berkata bahawa pembayaran BRIM seterusnya, yang banyak membantu menaikkan sokongan terhadap beliau di kalangan golongan berpendapatan rendah, sedang dipertimbangkan.

“Kita mempunya sumber yang terhad, dan tidak boleh memberikannya sesuka hati tanpa merujuk kepada belanjawan,” kata Perdana Menteri dalam ucapannya hari ini.

Najib juga mengingatkan bahawa negara lain seperti Sepanyol mengalami masalah ekonomi kerana “mereka berbelanja lebih daripada pendapatan”.

“Sebagai sebuah negara, kita tidak dapat memberikan sebanyak mana yang kita mahu. Tetapi saya tetap perlu mencari sumber pendapatan untuk negara.”

“Jika saya mempunyai pendapatan yang lebih, saya akan beri lebih. Kita mesti mempunyai tanggungjawab fiskal,” kata Presiden Barisan Nasional (BN) semasa perjumpaan dengan pemuda Cina tengahari tadi.

Tidak lama kemudian Najib kembali dengan berita baik, dengan berkata kerajaan akan meneruskan pembayaran BR1M jika diberikan mandat baru di dalam Pilihanraya Umum ke 13, 5 Mei nanti.

najib brim 2015

Perdana Menteri berkata BR1M mencapai kumpulan sasaran lebih daripada subsidi pukal, yang turut memberi faedah kepada yang kaya, pekerja asing dan juga penjenayah seperti penyeludup.

“Terlalu banyak kebocoran (dalam subsidi pukal), tetapi dengan BR1M, penerima boleh terus menggunakan wang tersebut untuk berbelanja, membeli susu bayi, beg sekolah dan pakaian.”

“Ini secara tidak langsung membantu meningkat ekonomi tempatan seperti pasr tani, kedai runcit dan sebagainya,” katanya kepada wartawan semasa bertemu dengan penduduk Kampung Sungai Terentang, di sini.

Komen Najib apabila ditanya mengenai pembayaran BR1M yang didakwa diperkecil-kecilkan oleh parti pembangkang.

Kerajaan pusat telah memperkenalkan bayaran tahunan BR1M pada 2012 sebanyak RM500 untuk setiap isirumah dengan jumlah pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000. Tahun ini ia juga dibayar kepada individu bujang tidak berkahwin dengan pendapatan kurang daripada RM2,000

Katanya lagi, program BRIM mungkin akan ditambahbaik lagi seperti ikrar yang dibuat dalam manifesto BN. Manifesto tersebut turut berikrar untuk meningkatkan jumlah BR1M kepada RM1,000 tahun depan.

“Kami tahu program ini memberi faedah kepada rakyat. Jadi pihak pembangkan cuba menjadikan ia sebagai kontroversi.”

“Bagaimanapun, rakyat mahukan program ini diteruskan dan jumlah dinaikkan,” tambahnya lagi.