Pendaftaran BR1M online 2016

Pendaftaran BR1M online untuk pengagihan kali ke lima Bantuan Rakyat 1 Malaysia bakal menerima sambutan yang lebih menggalakkan dari orang ramai.

Dalam BR1M tahun 2013 yang lalu, dalam tempoh dua hari sahaja semenjak pendaftaran dibuka pada 1 November, lebih 148,000 permohonan telah diterima, kata Timbalan Menteri Kewanga, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Ini menunjukkan bahawa sistem BR1M online ini adalah lebih mudah untuk semua orang,” katanya selepas majlis pecah tanah untuk kompleks bangunan untuk anak yatim di Chemor, semalam.

Ahmad Husni berkata keutamaan pendaftaran tersebut adalah untuk mereka yang memohon bantuan RM250 untuk individu bujang yang belum berkahwin berumur 21 tahun dan ke atas, berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, dan isirumah yang tidak menerima bantuan BR1M RM500 awal tahun ini.

“Kepada mereka yang telah menerima bantuan tahun ini, mereka tidak perlu memohon lagi kerana nama mereka sudah ada di dalam rekod.”

“Mereka cuma perlu memaklumkan kami dengan kemaskini BR1M jika terdapat perubahan alamat ataupun ketua isirumah telah meninggal dunia. ” katanya.

rayuan br1m

Pendaftaran Rayuan BR1M dibuka 1 – 31 Mac.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Husni berkata Ribut Taufan Sandy, yang telah menimpa timur Amerika Syarikat pada hari Isnin, bakal memberikan kesan yang lebih sedikit ke atas ekonomi dunia berbanding dengan masalah ekonomi Eropah.

“Ianya akan menjadi amat sukar jika ekonomi Eropah tidak pulih, kerana kita sudah melihat kesannya ke atas penurunan pertumbuhan di China dari 10% kepada 7% tahun ini berikutan pengurangan permintaan barangan eksport.”

“Pengurangan permintaan ini telah memberi kesan kepada sektor pembuatan di China dan kini pertumbuhannya terpaksa bergantung kepada kerajaan untuk membina infrastruktur untuk rakyat,” katanya lagi.

Ahmad Husni menyatakan bahawa Malaysia pula sebaliknya akan terus menumpukan kepada pertumbuhan dalaman dan pelaburan swasta untuk menangani kesan ini.

“Sehingga September tahun ini, ekport dan import kita terus merekodkan pertumbuhan positif, walaupun jumlahnya lebih rendah. Ini bermakna walaupun lebihan dagangan kita berkurangan, kita akan terus melindungi kedudukan ekonomi kita,” tegasnya.