Pengurangan rakyat menunaikan voucher BRIM

Terdapat pengurangan dalam jumlah rakyat yang menunaikan voucher Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) lebih daripada sekali pada tahun lepas.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 tahun 2014, 1,899 penerima (0.03% daripada jumlah) menunaikan baucer BRIM dua kali pada tahun 2014, mengakibatkan kerugian sebanyak RM1.09 juta, manakala 2,490 atau 0.04% daripada penerima telah menunaikan baucer dua kali pada tahun 2013, yang mengakibatkan kerugian RM1.14 juta. Kejatuhan pada tahun 2014 juga dapat diperhatikan ikutan bilangan rakyat yang menunaikan baucer mereka lebih daripada sekali dan kegagalan membayar balik lebihan wang yang telah ditunai. Sehingga 31 Disember 2014, seramai 1,401 penerima telah menunaikan baucer lebih sekali dan gagal membayar balik kepada Kementerian Kewangan untuk BRIM online, menurut laporan.

“Secara keseluruhan, pihak audit mendapati bahawa perancangan pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan bagi proses kemaskini BRIM 2014 dan 2015 amatlah memuaskan, manakala pengurusan program borang BRIM pula adalah baik. Audit yang telah dijalankan mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan BRIM 2012 dan 2013. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan akan membuat penambahbaikan pada pelaksanaan BRIM 2016,” katanya.

Tambahnya penubuhan unit khas Kementerian Kewangan untuk mengendalikan BRIM, pengeluaran surat peringatan kepada penerima yang menunaikan baucer BRIM lebih sekali dan senarai hitam penerima yang gagal membayar balik lebihan tunai merupakan antara penambah baikannya. Tambahnya lagi terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh Kementerian Kewangan untuk menambah baik pengagihan bayaran BRIM.

“Kesedaran dapat ditingkatkan dalam kalangan penerima sebagai syarat untuk membuka akaun bank bagi menyalurkan bantuan kewangan ke dalam akaun mereka,” katanya. Turut dicadangkan supaya voucher BRIM digantikan dengan sistem surat pengesahan bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk mengelakkan berulangnya penerima BRIM online menunaikan voucher mereka lebih sekali.