Permohonan BR1M 2016 dijangka melibatkan hampir 8 juta pemohon

Hampir 8 juta yang bakal menerima BRIM. Perdana Menteri Najib Razak berkata pengagihan BRIM akan dapat mengurangkan beban memandangkan kos sara hidup semakin meningkat terutamanya bagi penduduk di bandar. Penduduk bandar dikata belakangan beberapa tahun ini telah mengalami masalah kenaikan barangan yang tinggi.

“BRIM akan dibayar kepada semua penerima dalam masa 2 minggu, iaitu siap diagih pada tengah bulan Febuari. Ia akan meringgankan beban semua orang dan mengurangkan masalah seperti kenaikan harga.”

Pada tahun 2015 dalam bajet 2015, Najib Razak telah menjanjikan 4.6 billion ringgit untuk program BRIM.

BRIM 2016 Online

br1m

BRIM buat pertama kali dibuka kepada keluarga yang berpendapatan 3 ribu hingga ke 4 ribu sebulan, dengan bantuan yang diberi sebanyak RM450.

Najib juga berkata, sememangnya mustahil dinafikan bahawa rakyat telah marah dengan kenaikan harga barang-barang tetapi kerajaan adalah komited untuk memerangi perkara sebegitu, melalui pelbagai program dan salah satunya ialah dengan memperkenalkan bantuan kewangan seperti BRIM.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas tengan membincangkan jalan bagi menangani masalah kenaikan kos sara hidup dan keputusan kajian khas tersebut bakal diketahui nanti.

“Selain itu, kita juga melihat masalah dalam rantaian bekalan di mana pemborong menaikkan harga dengan sengaja dan menyusahkan peruncit-peruncit kecil.

“Kami juga telah mengambil perhatian tentang musim tengkujuh, yang menyumbang kepada harga barangan naik. kami akan mengambil langkah-langkah untuk mengawal situati itu,” katanya.

Najib berkata, Majlis tertinggi Umno juga telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada semua dasar-dasar kerajaan dan langkah-langkah yang diambil untuk meringankan beban rakyat kerana ekonomi negara terus kukuh. BRIM akan diteruskan sehingga ke tahun 2018!