Permohonan, Kemaskini dan Semakan BRIM 2018

Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia! BRIM 2018 telah dibuka pemohonanya pada bulan Disember 2017. Pemohon individu atau isi keluarga boleh berdaftar dalam masa sebulan ini melalui online.

Penerima BRIM yang sedia pula anda tetap perlu kemaskini maklumat terkini dalam sistem eBRIM agar dapat menerima wang bantuan BRIM.

Syarat Kelayakan

akan dikemaskini nanti
Jumlah Bayaran

akan dikemaskini nanti

Panduan Kemaskini dan permohonan baharu

Berikut merupakan panduan kemaskini BRIM tahun 2018.

1. Pilih menu Kemaskini.
2. Isikan No. MyKad dan klik butang HANTAR

BAHAGIAN A – ISI MAKLUMAT MAKLUM PEMOHON
Nama, IC, Tarikh Lahir, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat MyKad.

Status Perkahwinan, pilih di antara Kahwin, Ibu / Bapa Tunggal, Balu, Janda, Duda atau Bujang.

Pilih Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan jika ada.

Masukkan info untuk dihubungi seperti No.Telefon Rumah dan No.Telefon Bimbit

Pilih jenis Pekerjaan. Boleh letak bekerja sendiri sekiranya anda tidak terikat kepada mana-mana majikan seperti bekerja sebagai seorang penjaja.

Isi maklumat bank untuk menerima wang bantuan. Nama bank akaun wajib sama dengan nama pemohon, dilarang menggunakan akaun yang sama dalam permohonan bagi pihak yang lain.
1. Nama Bank
2. No. Akaun

Masukkan email dan alamat bagi pihak LHDN mengirim sebarang berita berkenaan keputusan dan tarikh menerima bantuan. Digalakkan memperbaharui alamat kediaman sekiranya anda sudah berpindah ke tempat yang baharu.

3. BAHAGIAN B – ISI MAKLUMAT PERSENDIRIAN DAN MAKLUMAT AHLI-AHLI KELUARGA

Isi pendapatan kasar. Pendapat kasar bermaksud jumlah yang sebelum ditolak epf, socso dan cukai pendapatan.

Isi pendapatan kasar bagi yang telah berkahwin. Jikalau pasangan tidak bekerja, letak “0”.

Isi berapa orang tanggungan kepada yang sudahpun berumahtangga. Maklumat tanggungan wajib diisi kepada yang bercerai.

4. BAHAGIAN C – ISI MAKLUMAT WARIS

Jikalau terdapat sebarang kemalangan berlaku ke atas penerima BRIM, waris akan mendapat pampasan. Maklumat waris boleh ditukar setiap tahun. Bahagian ini tidak perlu diisi jika tiada waris.

5. AKUAN PENGESAHAN
Sila masukkan kod seperti yang dipaparkan pada
ruangan Kod Pengesahan di sebelah kiri, dan Klik butang HANTAR.

6. PAPARAN AKUAN PENGESAHAN

Sila tandakan ruangan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat di
atas” jika bersetuju dan klik butang SETUJU & HANTAR.

Seterusnya, Paparan “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.

7. CETAK PERMOHONAN

Cetakan permohonan atau kemaskini adalah langkah yang optional. Namun ia berguna untuk memudahkan urusan rayuan sekiranya permohonan anda tidak lulus.

Selain daripada kaedah di atas talian, kemaskini juga boleh dibuat dengan berkunjung ke pusat-pusat seperti di bawah dengan mengisi borang secara offline.
– Jabatan Pembangunan Persekutuan
– Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan
– Urban Transformation Centre (UTC)
– Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
– Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
– Ketua Kampung

Syarat kelayakan BRIM 2018

Semakan status dan keputusan

Semakan BRIM 2018 boleh dibuat melalui 3 cara : semakan atas talian, melalui email, melalui nombor hotline dan melalui mobile app.

  • Semakan Atas Talian (Online)

Semakan online memerlukan 12 digit MyKad sahaja di website office BRIM. Berikut merupakan keputusan status:

1. Diterima
Bermaksud permohonan atau kemaskini anda telah diterima pihak berkenaan. Tetapi ini tidak bermaksud bayaran telah dimasukkan ke dalam akaun anda.

brim 2018

2. Dalam Proses
Bermaksud permohonan sedang berlangsung atau kerja pemeriksaan sedang dijalankan.

3. Ditangguhkan
Bermaksud pemohon tidak membuat kemaskini pada tahun yang berkenaan. Kegagalan atau kelambatan mengambil tindakan akan menyebabkan keputusan menjadi TIDAK LAYAK.

4. Lulus
Permohonan berjaya dan pemohon akan dibayar mengikut peringkat.

5. Tidak Lulus
Permohonan ditolak atas beberapa sebab. Kebanyakan kes ialah gaji pemohonan melebihi kelayakan BRIM.

6. Kredit Tidak Berjaya
Permohonan diluluskan akan tetapi duit gagal dimasukkan ke dalam akaun bank yang diberi pemohon.

  • Semakan melalui nombor hotline

Kaedah ini berkemungkinan tidak berfungsi dengan begitu baik disebabkan ramai pemohon juga menggunakan hotline yang sama untuk bertanya soalan. Anda boleh cuba memanggil 2 hotline iaitu 03 882 4565 dan 03 8882 4566.

Semakan melalui email
Berhubung dengan ahli pekerja dengan menghantar email ke [email protected] Anda boleh bertanya apa-apa soalan mengenai semakan, permohonan atau kemaskini. Jangan lupa hantarkan nombor IC.

  • Semakan mobile app
    semakan brim 2018
    Mobile app ini dibuat khas untuk BRIM. Mobile app ini menyokong dua jenis platform iaitu android dan iphone. Mobile app ini juga boleh semak pasal status penghantaran borang, rayuan dan tarikh bayaran. Cara menggunakan mobile app lebih kurang sama seperti menggunakan website BRIM, anda perlu berwaspada ketika menjawap soalan keselamatan untuk memasuki sistem BRIM.

Permohonan Rayuan

Rayuan dibuka pada bulan April. Rayuan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada yang pemohonan yang tidak lulus akibat tercicir maklumat atau terdapat kesilapan yang lain semasa pendaftaran. Anda boleh mendapatkan borang rayuan di LHDN.