Rakyat tunggu permohonan BR1M 2016

Biarpun keadaan ekonomi negara sedikit goncang dan rakyat pula masing-masing berasa runsing akan kejatuhan ringgit, namun BRIM masih mampu kerajaan mampu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah.

“Mengenai bayaran BR1M, jangan risaulah, kerajaan masih berupaya,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, kedudukan kewangan negara buat masa ini masih kukuh dan mampu membayar BR1M kepada yang memerlukan bantuan tersebut.

Beliau juga berkata tidak mustahil buat BR1M 2016 yang akan datang dinaikkan bagi semua kategori. Ia terus memadam khabar angin yang disebar di sosial media bahawa kerajaan berada dalam krisis ekonomi dan online BR1M perlu dihentikan serta merta.

Rakyat tunggu permohonan BR1M 2016

br1m

Menurut temuramah yang kami buat, kami mendapati ramai pemohon tahun lepas berasa lega apabila setiap awal tahun BR1M akan dibayar.

“Sistem kemaskini setiap tahun adil dan efektif. Saya pastikan saya semak kelayakan setiap hujung tahun sebab awal bulan tahun baharu kami perlukan duit untuk persekolahan anak-anak” – ujar seorang penerima bulan september.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan pusat dalam menyediakan bantuan BR1M ini. Saya sebagai seorang suri rumah yang tiada pendapatan, amatlah memerlukan wang tambahan untuk perbelanjaan dapur. Pengurusan rumah tangga adalah keutamaan kami dan selalunya kami perlukan pendapatan tamabahan selain sumber kewangan dari suami.” kata seorang suri rumah.

“BR1M bermakna kepada golongan yang miskin seperti kami ini. Kami tidak menerima pelajaran yang tinggi maka pendapatan sekadar cukup untuk kehidupan harian. Saya bersyukur sebab saya layak secara 3 tahun berturut-turut. Inshallah tahun 2016 BR1M saya harap dapat lagi. Prihatin yang diberi kerajaan dapat saya rasai dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Najib”. Kata seorang yang menoreh getah.

Borang BR1M 2016 akan kami sampaikan di Facebook sekiranya permohonan dibuka nanti. BR1M tahun 2016 dijangka dibuka permohonannya (dan juga kemaskini dan semakan status online) dalam kurang daripada dua bulan lagi.