Ramai belum berdaftar BR1M, Menteri gesa berdaftar online

Timbalan Menteri Kewang Ahmad Maslan berkata lebih kurang 70 peratus penerima baharu yang layak menerima BR1M belum berdaftar BR1M. Pada tahun 2014, jumlah penerima yang layak tapi belum berdaftar mencecah seramai 800,000 orang.

“Saya menasihatkan mereka yang layak menerima BR1M mendaftar secepat mungkin, sila hantarkan maklumat sebelum Januari, agar mereka dilindungi insuran i-BR1M juga”

Menurut Ahmad lagi, kerajaan sedang menjalankan kajian selidik untuk memperbaiki pelbagai aspek bersama Bank Negara dan beberapa pihak insuran. Perkaran tersebut akan ditentukan tidak lama lagi.

“Kami perlukan penerima BR1M mohon secepat yang boleh agar kerajaan tidak perlu lanjutkan tempoh permohonan. Mereka sepatutnya tahu langkah pendaftaran kerana melalui BR1M tahun-tahun yang lepas”

Ahmad berkata sesiapa yang lambat kemungkinan besar tidak akan dapat menerima sebarang wang dan liputan insuran i-BR1M sebab lindungan insuran i-BR1M akan bermula pada awal bulan Januari sehingga ke hujung tahun.

Terdapat 7.9 juta penerima BR1M pada tahun 2014, bertambah 1.5 juta peruntukkan berbanding BR1M tahun lepas.

Penerima BR1M perlu giat kemaskini online agar wang bantuan dapat terus masuk ke akaun mereka masing-masing. Fasa pertama akan diagihkan pada bulan Febuari tahun 2015. Dijangka BR1M 2016 akan dinaikkan memandangkan kuasa beli pengguna sedikit menurun akibat pelaksanaan GST yang baru pada bulan April yang lepas.

terimakasihbr1m

Mereka yang memilik pendapatan bulanan dari RM3,000 ke RM4,000 akan menerima RM450 (termasuk RM50 sumbangan takaful) manakala individu yang belum berkahwin yang berumur 21 dan ke atas yang memperolehi pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 akan layak untuk menerima bantuan sebanyak RM300 (sekali).

Daftar BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my/