RM4 billion termasuk BRIM untuk rakyat!

Kerajaan memberikan bantuan RM4 bilion kepada rakyat termasuk BRIM.

Tahun baru ini bakal menyaksikan 14.3 juta rakyat Malaysia mula menerima bantuan tunai dan insentif yang diumukan dalam Belanjawan 2013, dengan jumlah bayaran berjumlah RM4 bilion, diagihkan bermula 15 Januari hingga 15 Mac.

The New Straits Times telah mendapat tahu bahawa, bermulanya sesi persekolahan pada 2 Januari contohnya, ibubapa kepada 5.4 juta pelajar sekolah bakal menerima Bantuan Persekolahan RM100 di dalam sampul khas 1 Malaysia.

Semasa membentangkan Belanjawan tahun 2013 pada bulan Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan bahawa bantuan tunai menyeluruh dan insentif yang dimulakan kerajaan tersebut adalah untuk memastikan setiap pelusuk masyarakat dapat menikmati kekayaan negara.

Di bawah inisiatif yang digariskan, dianggarkan separuh daripada populasi negara akan mendapat insentif tunai, yang akan disalurkan terus kepada poket mereka.

Mengenai BRIM 2.0, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin semalam berkata, pembayaran akan dibuat secara berperingkat, bermula dari bulan hadapan sehingga Februari. Tarikh sebenar akan diberitahu kelak.

Penerima bantuan tunai termasuk:

4.3 juta isirumah, dengan pendapatan kurang daripada RM3,000, bakal menerima RM500 menerusi BRIM;

2.7 individu bujang dan belum berkahwin (berumur 21 tahun keatas), dengan berpendapatan kurang daripada RM2,000 bakal menerima RM250;

1.3 juta pelajar institusi pengajian tinggi dan pra universiti bakal menerima RM250 dalam bentuk Baucar Buku 1 Malaysia;

125,708 penjawat tentera, bakal menerima insentif khas sebanyak RM200 sebulan mulai 1 Januari; dan

5.4 juta pelajar sekolah bakal menerima Bantuan Persekolahan RM100 apabila sekolah dibuka.

Ibu bapa akan menerima bantuan tunai terbabit di dalam sampul khas 1 Malaysia. Wang tersebut, yang diperuntukkan untuk setiap anak mereka yang bersekolah, adalah daripada peruntukan RM540 juta.

Najib berkata kerajaan terpanggil untuk memperkenalkan bantuan-bantuan tunai ini kerana mengambil berat tentang kos sara hidup rakyat di samping membantu mengurangkan bebanan ibubapa.

Bagi pengagihan bantuan rakyat 1malaysia, Najib berkata ianya cuma boleh berlaku jika ekonomi terus merekodkan pertumbuhan memberangsangkan dan negara dapat menjana pendapatan.

“Kekuatan inilah yang membenarkan kerajaan untuk merangka belanjawan yang responsif kepada keperluan rakyat tetapi juga memenuhi tanggungjawab fiskal,” kaa Najib mengenai belanjawan beliau yang menumpukan peningkatan kualiti hidup rakyat dengan memastikan pertumbuhan berkekalan dan juga perbelanjaan berhemah untuk mengurangkan defisit fiskal.

Objektif keseluruhannya yang menumpukan kebajikan rakyat, mendapat komen positif daripada para penganalisa yang mendapati bajet kali ini adalah mesra rakyat, dan juga memenuhi tanggungjawab fiskal.

brim online registration

Belanjawan kali itu telah memperuntukkan RM3 bilion untuk mereka yang layan menerima BR1M dan juga bayaran sekali bayar untuk rakyat Malaysia yang masih bujang. Permohonan telah cecah 2 juta setakat ini.