Semakan keputusan dan status BRIM 2017 Online

Keputusan atau status BRIM 2017 boleh dibuat online pada bulan januari 2017 setelah permohonan / kemaskini dibuat dalam bulan Disember 2016. Sekiranya permohonan tidak dilulusan, rayuan boleh dibuat dengan mengisi borang rayuan, procedure sama seperti tahun-tahun yang lalu, anda perlu berkunjung ke cawangan lhdn berhampiran dengan membawa dokumen sokong.

Dokumen sokong termasuk sijil lahir, slip gaji, sijil perkhawinan dan satu salinan kad pengenalan. Keputusan rayuan brim boleh diketahui pada pengedaran kedua iaitu sekitar bulan April.

Berikut merupakan maksud keputusan semakan status brim anda :

  1. Diterima  :  Permohonan telah diterima tapi tidak bermaksud permohonan berjaya, sesiapa yang menghantar permohonan mereka pasti akan terima mesej ini.
  2. Dalam Proses  :   Permohonan anda mulai diproses pegawai dalam pengesahkan kelayakan.
  3. Ditangguhkan :  Mesej ini menunjukkan ketidaklengkapan dokumen atau maklumat diberi, sila buat kemaskini secepat mungkin, memastikan maklumat yang mencukupi dibekal.
  4. Lulus :  Permohonan telah diluluskan. Bermaksud anda bakal menerima bayaran pertama pada hujung bulan Januari kelak.
  5. Tidak Lulus :  Permohonan gagal atau ditolak. Kunjungi lhdn untuk membuat rayuan.
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : surat makluman lulus tidak berjaya dikirim dan pemohon perlu membuat penunaian di BSN.

Website untuk semakan status brim dijangka akan mengalami kunjungan yang ramai pada hujung tahun 2016, sila buat semakan pada masa yang sesuai.