Semakan status BR1M 2017

 

Semakan status permohonan BR1M 2017

Semakan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 secara atas talian bagi pemohon baru dan penerima sedia ada boleh dilakukan untuk mengetahui keputusannya.

Walau bagaimanapun, semakan mungkin mengambil sedikit masa lantaran prosedur semakan oleh agensi yang terlibat terhadap maklumat pemohon seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 5.0

Langkah-langkah seperti di bawah boleh diikuti untuk membuat semakan keputusan.

Buka laman sesawang semakan status permohonan e-BR1M

Taip nombor MyKad anda di ruangan yang disediakan.

Klik pada butang Semakan Status Permohonan.

*Anda akan diminta untuk menjawab soalan keselamatan sebelum berjaya mengakses sepenuhnya ke sistem semakan.

SOALAN KESELAMATAN

Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status

Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang telah diisi oleh pemohon

Jika anda tersilap jawab, anda diberikan percubaan sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan

Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan

Contoh soalan keselamatan

Jika anda berjaya melepasi peringkat ini, anda dapat melihat status permohonan anda dan anda juga boleh mencetak lampiran tersebut.

Sekiranya anda menghadapi masalah sewaktu membuat semakan atas talian, anda boleh merujuk cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan.

Bawa bersama salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.

TALIAN BANTUAN : Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian ini 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan)

SOALAN-SOALAN LAZIM DAN JAWAPANNYA :

Selepas menyemak, saya dapati status permohonan saya ialah [Diterima]

Ini menunjukkan permohonan anda telah berjaya dan akan melalui peringkat seterusnya

Status Permohonan Saya ialah [Dalam Proses]

Permohonan anda masih lagi dalam proses semakan dan pengesahan kelayakan

Sila semak status anda dari semasa ke semasa

Status Permohonan Saya [Lulus]

Ini menunjukkan permohonan anda telah diluluskan atau berjaya

Status Permohonan Saya ialah [Tidak Lulus]

Ini menunjukkan permohonan anda tidak diluluskan atau tidak berjaya

Saya ingin membuat semakan tetapi data menunjukkan no Mykad tidak wujud walaupun sebelum ini saya telah melengkapkan dan menghantar permohonan

Jika anda mengalami situasi sebegini, anda perlu berhubung terus dengan cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dan nyatakan masalah anda

Permohonan saya berjaya diluluskan. Bilakah saya akan mendapat BR1M?

Bagi kategori belum berkahwin, anda akan dibayar sekaligus bermula 15 Januari 2015

Bagi kategori isi rumah, anda akan dibayar tiga kali setahun.

Mengapa saya belum lagi menerima BR1M sedangkan rakan-rakan dan saudara-mara sudah? Permohonan saya sudahpun diluluskan

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat, sila nantikan giliran pembayaran untuk anda

Bagaimanakah cara pembayaran?

Duit BR1M akan disalurkan terus ke akaun bank anda jika anda memberikan maklumat no akaun semasa membuat permohonan atau kemaskini

Sebahagian kecilnya akan menerima BR1M dalam bentuk baucer bermula 17 Januari hingga 31 Mac (pembayaran pertama)

Apakah punca permohonan tidak diluluskan atau tidak berjaya?

 rujuk di sini

Bolehkah saya membuat rayuan selepas permohonan saya disahkan tidak berjaya?

Anda perlu menunggu pengumuman lanjut daripada kerajaan yang akan dihebahkan oleh media rasmi (media arus perdana)

Adakah surat pemberitahuan status permohonan akan dihantar ke alamat pemohon atau penerima?

Ya, surat pemberitahuan status dan maklumat lengkap BR1M akan dihantar ke alamat yang telah anda berikan

Saya memerlukan keterangan lebih lanjut kerana info-info yang dinyatakan tiada kaitan langsung dengan masalah BR1M saya 

Anda boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun terus ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berhampiran

TAMBAHAN NOTA:

STATUS

PENERANGAN

Permohonan Diterima

Permohonan Anda Telah Berjaya Didaftar

Permohonan Dalam Proses

Permohonan Anda Dalam Proses Semakan Dan Pengesahan Kelayakan

Permohonan Lulus

Permohonan Anda Telah Diluluskan/ Berjaya

Permohonan Tidak Lulus

Permohonan Anda Tidak Diluluskan/ Tidak Berjaya