Status BRIM 2017 masih ‘Dalam Proses’

Terdapat segelintir pemohon muda yang menanti-nantikan RM450 merungut belum terima apa-apa sedangkan diberitahu beberapa hari yang lepas brim 2017 akan dibayar pada 18 Febuari.

Terdapat juga sesetengah pemohon yang risau akan status permohonan mereka, seakan-akan tiada perubahan pada keputusan permohonan. Sebenarnya, sebelum 18 Febuari, Perdana Menteri telahpun memaklumkan masih terdapat 3 juta permohonan dalam proses pengendalian. Justeru itu anda tidak sepatutnya merasa risau jikalau keputusan semakan brim anda masih menunjukkan ‘Dalam Proses’

Pembayaran kelompok 1 mulai 18 Febuari kepada yang menerima baucer. Kepada kebanyakan pemohon yang mengisi no. akaun bank, anda bakal menerima bayaran mulai hari rabu yang pada minggu seterusnya, iaitu pada 22 Febuari 2017. Harap maklum tidak semua bank membayar serentak, tapi seharusnya pembayaran akan siap sebelum bulan Febuari tamat.

Penerima baucer perlu membuat penunaian baucer di BSN. Kepada mereka yang mengalami kesulitan menerima BRIM sama ada melalui baucer atau bank in, boleh hubungi hotline (LHDN) 1-800-88-2716, ataupun kunjungi cawangan LHDN yang berdekatan dengan membawa dokumen sokongan.