Tarikh dan bila duit BR1M masuk

Ramai penerima BR1M tahun ini tidak sabar menunggu pemberian duit BR1M sebanyak RM500 awal tahun 2016. Bantuan tunai tersebut ialah sebahagian daripada program kerajaan untuk meringankan bebanan kos sara hidup bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Nor Asiah Senik, 59, berkata bantuan BR1M yang diterimanya tahun ini telah dibelanjakna untuk barangan persekolahan anaknya. Ibu kepada sembilan orang anak dari Bachok, Kelantan itu berkata, “Walaupun cuma seorang sahaja anak saya yang masih bersekolah namun bantuan BR1M amat membantu kerana saya tidak mempunya pendapatan tetap,”.

Sementara itu, Sidek Salleh dari Kuantan, Pahang berkata yang beliau telah memohon untuk BR1M. “Saya tidak memohon semasa bantuan BR1M mula-mula diperkenalkan kerana saya sangka saya tidak layak, namun setelah melihat ramai kawan-kawan saya menerimanya, saya mengambil keputusan untuk mendaftar kali ini,” katanya.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia telah diperkenalkan tahun ini dan telah memberi faedah kepada 4.3 juta isirumah Malaysia. BR1M 2016 pula telah dikembangkan supaya membolehkan individu bujang yang belum berkahwin memohon bantuan tersebut. Adalah dijangkakan bantuan seterusnya akan berjumlah RM3 bilion, meningkat daripada RM2.16 bilion tahun ini.

BR1M 2016 fasa kedua dijangka akan diagihkan kepada penerima yang layak akhir bulan Mei 2016.

Pemohon bakal menerima keputusan rayuan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia pada minggu pertama April.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata surat keputusan akan dihantar dalam tempoh terbabit.

“Untuk negeri Perak sahaja, terdapat 32,000 permohonan yang masih diproses, termasuk permohonan rayuan.”

“Untuk tahun ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan 6.1 juta permohonan, daripada jumlah itu 4.3 juta adalah ketua isirumah yang bakal menerima bantuan RM500,” katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Ipoh semalam.

Tambah beliau lagi, selebihnya adalah penerima bujang yang bakal menerima duit RM250.

Mengenai pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BR1M akan diberikan setiap tahun, Ahmad Husni berkata kerajaan mampu berbuat demikian kerana berjaya mentadbir ekonomi dengan baik.

“Dari segi pendapatan, saya yakin yang Lembaga Hasil Dalam Negeri dapat mencapai sasaran RM130 bilion yang ditetapkan tahun 2016, berdasarkan prestasi yang cemerlang sejak 2011,” katanya.

Sementara itu dari segi perbelanjaan, kerajaan telah menumpukan untuk memastikan setiap perbelanjaan memberikan nilai terbaik melalui proses tender, tambah beliau lagi.