Tarikh permohanan dan bayaran br1m 2017

BR1M 2017 dijangka membuka permohonan / kemaskini (bagi penerima yang dibayar tahun-tahun) pada bulan Disember akhir tahun ini. Prosesnya adalah sama seperti yang lalu, iaitu boleh dibuat online atau isi borang di pusat lhdn yang terdekat.

Jumlah bayaran naik di hampir semua kategori dan jumlah pembelajaan kerajaan tahun 2017 mencecah hampir 7 juta.

Tarikh bayaran Pendapatan keluarga RM1,000 dan ke bawah (e-Kasih ) Pendapatan keluarga RM3000 dan ke bawah Pendapatan Keluarga RM3,001- RM4,000 bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2,000 ke bawah
Jan 2017 RM300 RM300 RM250 RM450
Apr 2017 RM300 RM300 RM250
Jun 2017 RM300 RM300 RM200
Sep 2017 RM300 RM300 RM200
Jumlah RM1200 RM1200 RM900 RM450

Bagi warga tua, RM1000 terus diberi.

Bayaran akan dibuat seawal bulan januari 2017 seperti yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun yang lalu. Ia bermakna pemohon-pemohon perlu melengkapkan maklumat mereka sebelum akhir tahun 2016. Sesiapa yang inginkan wang bantuan BR1M wajib kemaskini / menghantarkan maklumat mereka setiap tahun.

Terdapat segelintir yang mengadu sistem online tidak dapat diakses. Mereka terpaksa berkunjung ke pusat lhdn yang terdekat atau meminta borang dari penghulu/ketua kampung. Semakan status sama boleh dibuat mengikut panduan ini.

Peringatan kepada semua, pemohon dilarang menggunakan satu bank akaun demi pihak yang lain atau memohon dua kali dengan akaun bank yang sama.

Soalan boleh ditujukan kepada pihak lhdn melalui talian hotline : 1800-88-2716 (LHDNM) dan 03-8882 4565/4566.